H1N1…H1N1…

Tinggalkan komen

20 Ogos 2009, sehingga semalam 64 orang telah disahkan maut di Malaysia akibat virus H1N1, atau selsema babi, atau ‘swine’ flu’. Lebih 1600 orang telah dijangkiti di dalam negara. Sehingga 6 Ogos 2009 seramai lebih 177,000 orang telah dijangkiti diseluruh dunia dengan hampir 1500 kematian. WHO telah isytiharkan penyakit ini sebagai ‘pandemic’.

Perangkaan WHO mengatakan, pada kadar sekarang, Malaysia akan mempunyai 5,000 sehingga 28,000 kematian akibat virus ini dalam masa 2 tahun.

Apakah ini mungkin?

Lagi

Bukan Salah Aku…!

1 Komen

Bukan salah aku orang tak suka,

Aku ambik sikit aja,

Takkan tu pun nak kira?

Sikit-sikit kira settle la.

Bukan salah aku boss marah-marah,

Siapa ghoyak dia, yang aku tipu,

Kalau tak tahu tak do dia naik darah,

Siapa ghoyak dia, aku tahu siapa jaga mu…

Bukan salah aku ramai lari,

Aku kecek benda betul jadi,

Bukan fitnah, umpat atau iri-hati,

Padan muka, ha, lain kali buat lagi.

Bukan salah aku jantan tengok,

Aku bukak bukan sebab nak tunjuk,

Saja panas, rimas, joining the flock,

Tengok dah dapat Teddy-Bear made in Golok.

Bukan salah aku emak aku cari,

Sapa suruh dia sibuk-sibuk datang ke mari,

Aku tipu, aku bukak, aku lari, urusan aku la sendiri,

Bila aku boring balikla nanti.

Bukan salah aku semua yang jadi,

Orang lain yang tak reti-reti,

Aku nak itu, aku nak ini,

Korang tak bagi aku ambik sendiri.

Bukan salah aku orang tak suka,

Bukan salah aku boss marah-marah,

Bukan salah aku ramai lari,

Bukan salah aku jantan tengok,

Bukan salah aku emak aku cari,

Bukan salah aku semua yang jadi,

Bukan salah aku….

Aku tak pernah salah…

Sajak ka Pantun oleh Abie

Pengajaran Keengkaran Iblis dari Sudut Pengurusan.

Tinggalkan komen

Pengajaran Keengkaran Iblis dari sudut pengurusan.

Kisah-kisah dan pengajaran daripada Al-Quran adalah panduan agung bagi kehidupan manusia. Detik-detik tertentu dari peristiwa sejarah lampau dipilih oleh Rabul A’lamin (Pentadbir Seluruh Alam), sebagai pengajaran, teladan dan sempadan kepada kehidupan.

Bidang pengurusan dan pentadbiran moden sekarang banyak mengambil panduan daripada kajian, pengalaman, pandangan dan falsafah Barat. Adapun natijah dan matlamat pengambilan panduan ini mungkin sama, tetapi tidakkah lebih mulia mengambil mesej daripada kitab yang paling suci. Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.