Menyanggah Tulisan Tulang Besi

2 Komen

Saya berkongsi rumah bersama Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/) beberapa ketika semasa beliau belajar di Kansas City. Walaupun banyak tindakan beliau sekarang mahupun dahulu jauh terkehadapan daripada pemahaman saya, banyak jasa beliau pada saya yang tidak dapat saya lupakan.

Tulang Besi yang saya kenal adalah seorang yang gemar berdebat, tidak gentar dan tidak mudah mengalah walaupun tersalah. Pernah saya mengikuti beliau dalam debatnya dengan bekas Mufti Sabah berkenaan dengan status Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, menyanggah buku tulisan bekas mufti tersebut. Juga debatnya dengan pengikut-pengikut Dr. Jahid Sidek di Kg. Kayu Ara. Saya telepas sesinya dengan Dr. Jahid sendiri sebelum itu, dan beberapa banyak yang lain selepasnya.

Enjin Jet RMAF Hilang

Tinggalkan komen

Enjin J85-21A untuk pesawat F-5E Tiger fighter telah hilang daripada gudang RMAF, Sungai Besi; seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar.

Lagi

Pasar Kemboja

1 Komen

Jalan-jalan dengan keluarga petang tadi membawa kami ke satu perkampungan yang unik di Selangor. Melepasi pinggir sempadan Shah Alam, kami tiba-tiba tembus di satu jalan kecil yang hanya muat satu kereta. Di kiri kanan jalan semacam satu pasar harian kecil.

Yang peliknya dari dalam kereta kulihat barangan yang dijual amat berbeza dari pasar-pasar hari atau pasar malam biasa. Ramai peniaga adalah makcik-makcik yang agak berumur. Yang lelaki ada seorang dua, juga berumur. Barangan jualan termasuk buah asam jawa putik, ikan-ikan pekasam yang masih di dalam balang, ikan-ikan keli yang telah di salai, ikan haruan saiz besar yang dikeringkan, dan ulam-ulam yang tak aku ketahui nama semuanya. Lagi

Kehilangan Nilai Wang

Tinggalkan komen

Sekarang dunia mengalami krisis kewangan yang amat hebat di dalam sejarah moden. Nilai dolar Amerika semakin hari semakin menyusut. Begitu juga nilai matawang negara-negara lain di dunia yang semuanya berpaut pada nilai dolar Amerika.

Disebabkan semua negara di dunia berpaut matawang mereka pada nilai dolar, perbezaan nilai matawang berbanding dolar tidak begitu jelas. Ini disebabkan jika nilai matawang dolar Amerika jatuh, maka semua matawang lain ikut jatuh. Jika adapun perbezaan adalah disebabkan oleh spekulator matawang yang menjual satu jenis matawang dan membeli matawang yang lain. Aktiviti ini mewujudkan perubahan dari segi permintaan dan tawaran (supply and demand) pada matawang tertentu. Lagi

Eksploitasi Agama

Tinggalkan komen

Eksploitasi agama adalah perbuatan terkeji. Iaitu, memainkan agama untuk kepentingan duniawi sendiri. Orang-orang yang sayangkan agama patut membenci golongan yang melakukan perbuatan ini.

Membenci pengeksploit mudah, tetapi mengenal pasti golongan ini merupakan satu cabaran besar. Jika ada dua golongan, kedua-duanya menyeru atas nama Islam, yang mana satu ikhlas demi Allah, yang mana satu hanya memperguna agama. Lebih parah lagi jika setiap pihak mengatakan pihak yang satu lagi yang memperkuda agama untuk kepentingan masing-masing. Lagi

Dr. Asri dan wahhabi

Tinggalkan komen

Pada satu jumaat, aku keluar dari sebuah masjid di Kedah, selepas solat jumaat dengan tersengih-sengih. Bersungguh-sungguh khatib muda tersebut menghentam Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin atau juga dikenali dengan nama penanya Dr. MAZA. Waktu itu sedang hangat tentang kes penangkapan beliau oleh pihak JAIS.

“Hari ini khatib tidak akan menyentuh persoalan siasah. Hari ini khatib akan membincang persoalan aqidah!”. Sungguh bersemangat. Aku yang hampir-hampir terlelap tadi terus terpanggung kepala. Sepanjang khutbah aku tercari-cari persoalan akidah yang mahu disampaikan, tetapi tidak ketemu. Dari mula hingga habis cuma peluru-peluru satu demi satu menghentam Dr. Maza. Dari ilmu ku yang cetek ini, separuh sahaja hujjah khatib tersebut masuk akal, yang selebih lagi jika dia tidak menyebut pada hari itu , tentu khutbahnya akan lebih meyakinkan. Lagi

Berakhir Satu Lagi Misi

Tinggalkan komen

Alhamdulillah, 2 Disember 2009, tamat satu lagi misi. Walaupun terlewat 2 hari, tetapi berjaya ditamatkan dengan lancar. Harap-harap tiada lagi isu-isu yang tertinggal atau terlepas pandang. Lagi

Doa Nik Aziz

Tinggalkan komen

  1. Hari ini (1 Disember 2009) satu kumpulan NGO dengan disertai oleh pemuda UMNO Kelantan mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan SUK Kelantan. Bantahan mereka adalah berkenaan hasrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, untuk mendoakan kehancuran UMNO dan Perdana Menteri kerana enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
  2. Saya terpanggil untuk cuba memahami apa yang berlaku ini. Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.