AlhamduliLlah. Puasa dah masuk hari ke-enam. Azam puasa aku tahun ini nak tutup internet dan surat khabar baik yang B atau P, dan fokus pada amal-ibadat, baca quran, sembahyang sunat etc. etc.
Tapi sehari dua lepas MCA anjur satu kongress ekonomi. Najib dan Nazir hadir. Aku tak mahu tahu. Dan tak tahu menahu. Tapi ntah macamana berita ni cari jalan masuk ke telinga aku. Dia lalu ikut internet, aku dah cabut wayar. Lalu ikut ‘paper’ aku tak beli. Lalu ikut ‘tv’ aku tak pernah ‘on’ pun sepanjang bulan puasa ni. Tapi tup-tup bini lupa tutup radio IKIM dalam kereta. Terpaksalah aku dengar berita ni dan terpaksa aku komen kat sini.
Najib kata dia setuju dengan Chua Soi Lek. “Bumiputra tak patut diberi keistimewaan berbanding dengan bukan bmiputra…kena ikut merit” anggok Najib. Begitu juga kata adiknya Nazir. Tersenyum-sengih puak-puak MCA, agaknya lah. Aku tak tengok, cuma dengar tepuknya bergegar dewan.
Tiba-tiba hari ni Muhyiddin kata tak boleh. “30% ekuiti untuk bumiputra tetap kena pertahan. Melayu masih ketinggalan katanya. Dulu MCA dah setuju!….”.
Muhyiddin bangkang Najib?
Ka, aku yang silap dengaq. Rasa-rasa macam dua tiga belakang ni Muhyiddin dok buat kenyataan bercanggah dari ketua dia? Hai gadoh ka?
Komen