Kadang-kadang terfikir juga, bertuahnya aku berpeluang tinggal di perumahan yang agak elit. Aku orang biasa sahaja, makan bersila atas lantai, guna tangan, selalu lauk tak lebih satu mata.
Di sini ada yang berumah di flet, teres setingkat, 2 tingkat, semi-D, banglo; bercampur-campur. Ada peniaga pasar malam, jurutera, guru tadika, pengurus, bekas menteri besar, artis, bekas ketua polis, ahli politik, doktor, professor dan macam-macam lagi.
Kalau pergi masjid sembahyang jemaah, macam-macam jenis kereta. BMW 5s,3s , Mercedes, 4WD, Kancil, kenari, yamaha, honda, basikal?. Sebut aja semua mungkin boleh jumpa.
Baru-baru ini ada jamuan raya di masjid. Ada seorang Tan Sri dapat layanan VIP, padahal dia anak qaryah. Meja ada tanda ‘reserved’. Sampai sekarang aku masih tak mampu nak faham. Kalau beliau adalah jemputan khas dari luar mungkin ada logiknya, memuliakan tetamu. Tapi beliau tidak lain berstatus ahli jemaah. Kalau di kejiranan sendiri kena ada layanan VIP baru nak datang masjid………..tak faham, tak faham.
Komen