Berakhir Satu Lagi Misi

Tinggalkan komen

Alhamdulillah, 2 Disember 2009, tamat satu lagi misi. Walaupun terlewat 2 hari, tetapi berjaya ditamatkan dengan lancar. Harap-harap tiada lagi isu-isu yang tertinggal atau terlepas pandang. Lagi

The Ultimate Stumblings in the Day Job

Tinggalkan komen

It has been quite sometime since I last wrote. It was not because of the time, it’s just that there’s nothing much to write. A lot of issues was going on, but there was nothing that were touching enough deserving a write-up.

Well, finally something came-up. It was something that I was preparing my mind to write about for a long time, but a certain happening over this week finally push me to pour it out here. Lagi

Check out Tadika Orange & Taska Lemon Bulletin

Tinggalkan komen

Title: Tadika Orange & Taska Lemon Bulletin
Link: http://gotaf.socialtwist.com/redirect?l=-592956453874669498621

Sikap dan Perangai Manusia

Tinggalkan komen

Hari ini telah 18 hari Ramadhan berlalu. Badan memang lesu. Seboleh-bolehnya aku mahu kurangkan aktiviti fizikal atau berjemur. Perut rasa kosong, tekak rasa haus. Mencabar jugak puasa sewaktu umur dah meningkat ni. Patutnya produktiviti makin tinggi  kata Ustad, sebab perut kosong, mata cerah, otak dapat semua bekalan darah dan oksigen. Mungkin sebab aku tak biasakan dengan puasa sunat macam zaman Nabi dan sahabat dahulu. Bulan puasa pun boleh pergi berjihad. Aku pulak, banyak bersandar melayan fikiran. Nak tidur takut orang nampak tak manis.

Ramadhan kali ini aku 35 tahun. Dah umur petang. Kenalan ramai, kawan pun boleh kata ramai jugak. Sahabat tak banyak, boleh kira dengan jari tangan kanan, maknanya tak sampai 5. Isteri masih sorang, he…he… jangan marah sayang.

Apa beza sahabat dengan kawan?  Terkenang bila isteriku tanya suatu hari dulu. Jawabku, sebenarnya sama saja kot. Satu bahasa Arab, satu bahasa Melayu pinjam Belanda. Tapi aku sengaja bezakan supaya sahabat adalah kawan yang spesial. Sahabat yang tua sedikit aku anggap macam abang/kakak sendiri. Kalau muda sedikit aku anggap macam adik, atau kadang-kadang lebih lagi. Memberi dan menerima menjadi adat, tanpa mengharap balasan.

Lagi

H1N1…H1N1…

Tinggalkan komen

20 Ogos 2009, sehingga semalam 64 orang telah disahkan maut di Malaysia akibat virus H1N1, atau selsema babi, atau ‘swine’ flu’. Lebih 1600 orang telah dijangkiti di dalam negara. Sehingga 6 Ogos 2009 seramai lebih 177,000 orang telah dijangkiti diseluruh dunia dengan hampir 1500 kematian. WHO telah isytiharkan penyakit ini sebagai ‘pandemic’.

Perangkaan WHO mengatakan, pada kadar sekarang, Malaysia akan mempunyai 5,000 sehingga 28,000 kematian akibat virus ini dalam masa 2 tahun.

Apakah ini mungkin?

Lagi

Pengajaran Keengkaran Iblis dari Sudut Pengurusan.

Tinggalkan komen

Pengajaran Keengkaran Iblis dari sudut pengurusan.

Kisah-kisah dan pengajaran daripada Al-Quran adalah panduan agung bagi kehidupan manusia. Detik-detik tertentu dari peristiwa sejarah lampau dipilih oleh Rabul A’lamin (Pentadbir Seluruh Alam), sebagai pengajaran, teladan dan sempadan kepada kehidupan.

Bidang pengurusan dan pentadbiran moden sekarang banyak mengambil panduan daripada kajian, pengalaman, pandangan dan falsafah Barat. Adapun natijah dan matlamat pengambilan panduan ini mungkin sama, tetapi tidakkah lebih mulia mengambil mesej daripada kitab yang paling suci. Lagi

Hospital Kerajaan

Tinggalkan komen

Seminggu saya terlantar di hospital kerana denggi. Isteri saya gelakkan saya pada hari pertama masuk wad.

“Kenapa masuk hospital kerajaan…nanti nurse tengking-tengking…” katanya sambil tersengih-sengih.

Tiada ubat moden untuk denggi. Tiada beza dari segi keampuhan ubat berbanding hospital kerajaan dan hospital swasta berbintang-bintang. Bezanya mungkin di hospital swasta biliknya ibarat hotel. Ada TV, astro dan ‘privacy’.

Sebenarnya isteri saya telah banyak kali masuk wad kerana macam-macam sebab. Semuanya hospital swasta. Banyak kali jugak saya sempat  menumpang rasa tuah beliau di dalam bilik wad hospital swasta.

Ini kali pertama saya sendiri masuk wad. Layanan hospital swasta sudah boleh diagak. Layanan di hospital kerajaan? Hmmm… dengarnya tengking sana… marah sini… semua buat sendiri. Tahan telinga. Tapi ini kali pertama saya masuk wad, saya rasa perlu dicuba hospital kerajaan. Sekurang-kurangnya dekat dengan masyarakt ‘marhein’. Rasa apa mereka rasa. Apa mereka nampak dan hadapi masa-masa pelawat tak dibenar masuk. Apapun, sejak hari pertama saya sudah bersedia secara emosi untuk menahan apa sahaja karenah missi dan doktor.

Dari hari pertama hingga hari terakhir, layanan di hospital kerajaan amat mengejutkan saya. Kejadian tengking dan marah pesakit bukanlah suatu kebiasaan. Memang ada pesakit yang ditengking, tapi itu saya dapat fahami. Seorang pesakit cuba mengambil kesempatan ke atas seorang jururawat, mungkin isteri orang. Lain dari itu, mereka amat penyabar dan menyejukkan hati. Mereka lakukan semuanya sendiri. Cuma kerja-kerja sapu sampah dan mop lantai sahaja dilakukan oleh kontraktor. Lainnya terletak pada bahu jururawat. Lebih ramai jururawat muda berbanding yang senior.

Nampaknya hospital kerajaan telah melalui satu proses reformasi dan transformasi. Semoga budaya layanan mesra ini berkembang ke semua hospital kerajaan yang lain baik di dalam atau di luar bandar. Dan semoga berkembang juga di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Pada hari terakhir, satu lagi kejutan adalah bayaran untuk rawatan denggi adalah percuma di hospital kerajaan. Saya tak dapat bayangkan jika mendapat rawatan di hospital swasta. Mungkin mencecah seribu ringgit.

Ihsan dalam berniaga

Tinggalkan komen

Perniagaan amat dituntut di dalam Islam. Ia baik untuk si peniaga mendapat keuntungan; baik untuk pelanggan mendapatkan barangan atau khidmat dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan tamaddun. Peniaga yang ikhlas, tulus dan penuh integriti merupakan aset kepada masyarakat manusia. Khidmatnya akan dihargai kerana memudahkan urusan kehidupan.

Hari ini anda boleh makan apa sahaja yang dihajati kerana adanya peniaga. Boleh juga menggunakan barangan yang tidak mungkin boleh dibuat dengan sendiri. Tanpa peniaga mungkin kita masih menggunakan kulit kayu sebagai pakaian atau baru pulang dari membajak sawah pada waktu ini.

Untuk menjadi satu dahan dari tamaddun, peniaga mestilah bersifat ‘adil’. ‘Adil’ bermakna meletakkan sesuatu  pada tempatnya. ‘Adil’ di dalam perniagaan bermakna memberikan barangan atau khidmat seperti yang dijanjikan, tiada kurang dan tiada lebih. Khidmat dan barangan dijanjikan dengan sifat, kuantiti dan kualiti tertentu. Apabila sifat, kuantiti dan kualiti barangan atau khidmat dijanjikan, harga dirunding dan ditetapkan. Peniaga akan menyampaikan produk perniagaannya dan pembeli menyampaikan bayarannya. Peniaga berpuas hati dan pembeli berpuas hati. Pembeli akan menghargai dan menghormati peniaga dan begitulah sebaliknya peniaga akan hargai pelanggannya. Keadilan yang melata dan meluas akan menghidupkan masyarakat yang makmur.

Adapun keberkatan di dalam perniagaan tercapai melalui ‘ihsan’. Adapun peniaga yang memberikan lebih dari yang dijanjikan atau diharapkan pelanggan tanpa tambahan bayaran telah melakukan ‘ihsan’. Pembeli pula berihsan dengan membayar lebih dari yang sepatutnya. Kedua-dua keadaan ini hendaklah berlaku dengan rela dan ikhlas, kerana jika penipuan atau paksaan berlaku ia tentunya tercela dan bukan ihsan.

Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan ihsan...” Al-Quran An-Nahl ayat 90

The Dramatics

Tinggalkan komen

There are types of human, when speaking about temperament. One type that always ride on my time and nerves is the dramatics. They are attention seekers, willing to go extra miles to get noticed. It is as if they aim to be the headline in your head everyday, by being extremely good or being extreme in the other direction.

However big the damages this type of personnel cause to your team, they are actually just another human being. When you found yourself in the nick of firing them, they would turn to be very nice and truthful. After all, probably these people are the product of lost loves during their childhood. Although we might conclude that they are in need of a lot of attention, the cure might just be pure unconditional love.

Membalik Hati

Tinggalkan komen

Sepanjang mentadbir sebuah perniagaan tadika dan taska, antara yang paling mencabar dan mengajar adalah kakitangan. Kebanyakannya datang dari keluarga dhaif dan kurang pendidikan. Adapun yang dari bandar atau keluarga sedikit berharta, tidak kekal lama kerana mungkin kurang menghargai tugas berbanding nilai ganjaran.

Ramai yang bermula dengan impresi pertama yang amat menyejukkan mata. Merendah diri, hormati orang lain terutama yang lebih tua dan selalu bertanya untuk belajar. Apa sahaja yang diberi, mereka akan berlumba mengucapkan terima kasih. Apatah lagi jika diberi melebihi dari apa yang mereka jangkakan. Kadang-kadang kami merasa sumbangan mereka tidak terbayar dengan gaji yang dijanjikan.

Setelah beberapa lama menimba pengalaman, berkenalan dan berinteraksi dengan rakan sekerja bersama menghadapi cabaran kerja dan kehidupan, ada di antara mereka yang melangkah lebih jauh dengan menyambung pelajaran atau bekerja di tempat yang lebih baik. Kami mendoakan semoga mereka terus berjaya dan menyumbang kepada masyarakat dan diri sendiri. Kehadiran mereka dirasai, pemergian mereka dirindui.

Ada juga yang telah memilih jalan yang agak berlainan dipertengahan jalan. Bermula sebagai seorang yang amat menyenangkan hati tetapi bertukar kepada seorang yang dilihat tidak segan menzahirkan sifat kesombongan. Mereka berterang-terangan mempamerkan dan menyatakan protes kepada pengurusan. Semasa dipanggil berbincang mereka tidak akan bersuara, mungkin untuk melindungi rakan seangkatan. Seolah-olah tiada ubat, mereka mengelakkan dari berbincang secara terbuka dan hati-ke-hati. Mungkin pada mata mereka kami seperti “Ketam yang hendak membetulkan anaknya berjalan”.

Mereka mula mempamer sikap yang mengundang perhatian secara negatif. Walaupun begitu sebarang usaha untuk membetulkan keadaan selalunya tidak berjaya, kerana mereka tidak membuka peluang untuk dibantu. Seolah-olah kesalahan hanya pada pihak kami, dan sikap negatif mereka adalah untuk memberi pengajaran kepada kelemahan kami.

Golongan ini, amat sedikit yang kami berjaya selamatkan. Yang tak berjaya selalunya akan meraih simpati ramai kakitangan lain dan mereka berakhir dengan meletak jawatan secara tidak terhormat, dan diikuti oleh para “symphatizer”. Kepergian mereka dengan hati yang luka dan meninggalkan nama yang tidak ada pilihan bagi kami kecuali untuk memadam dari lipatan kenangan. Kami doakan mereka ini suatu hari akan sedar bahawa Allah s.w.t Maha Kaya. Kaya Nya sehingga tidak perlu kita mengurangkan nikmat orang lain untuk menambah nikmat pada diri kita. Dia berhak memberi nikmat Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

“Ya Allah, jadikanlah perkumpulan kami ini, jemaah yang dirahmati. Dan perpisahan kami selepasnya, satu perpisahan yang tidak membuahkan dosa. Dan janganlah Engkau jadikan, ya Allah ya Tuhan kami, pada kami sifat dengki dan irihati.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah dan janganlah Engkau kurangkan, Engkau lapangkanlah, dan janganlah engkau sempitkan. Muliakanlah, dan janganlah engkau hinakan kami. Redhakanlah kami, dan redhakanlah mereka yang bersama kami. Wahai yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.