Sekularisma adalah syirik?

1 Komen

Dulu aku tak peduli sangat tentang sekularisma, pegangan-pegangan golongan sekular atau amalan-amalan mereka, ataupun, sama ada kehidupan aku sendiri mirip mereka.

Tetapi setelah berpeluang menimba pengalaman dari tokoh-tokoh sekular dan juga agama di Barat (USA), asal-usul dan amalan sebenar sekularisma semakin jelas.

Dahulu aku sangka sekularisma hanya alat untuk mengurus hal-hal dunia dan selain itu, hal-hal agama masih ada ruang bebas untuk diamalkan seperti yang dituntut. Bagiku, dahulu, sekularisma dan agamaku boleh berdiri bersama dalam kehidupan; lengkap-melengkapi.

Aku lihat di USA, negara sekular yang paling gagah, ‘super power’ dunia, masyarakatnya masih boleh menghadiri ‘Church’ setiap minggu. Di Turki, terang-terangan di dalam perlembagaannya tertulis bahawa negaranya adalah negara sekular dan perkara tersebut tidak boleh diubah. Tetapi rakyatnya masih boleh ke masjid. Sewaktu musim umrah, rakyat Turki di Madinah dan Mekah sama banyak dengan rakyat dari Malaysia.

Lagi

Eksploitasi Agama

Tinggalkan komen

Eksploitasi agama adalah perbuatan terkeji. Iaitu, memainkan agama untuk kepentingan duniawi sendiri. Orang-orang yang sayangkan agama patut membenci golongan yang melakukan perbuatan ini.

Membenci pengeksploit mudah, tetapi mengenal pasti golongan ini merupakan satu cabaran besar. Jika ada dua golongan, kedua-duanya menyeru atas nama Islam, yang mana satu ikhlas demi Allah, yang mana satu hanya memperguna agama. Lebih parah lagi jika setiap pihak mengatakan pihak yang satu lagi yang memperkuda agama untuk kepentingan masing-masing. Lagi

Dr. Asri dan wahhabi

Tinggalkan komen

Pada satu jumaat, aku keluar dari sebuah masjid di Kedah, selepas solat jumaat dengan tersengih-sengih. Bersungguh-sungguh khatib muda tersebut menghentam Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin atau juga dikenali dengan nama penanya Dr. MAZA. Waktu itu sedang hangat tentang kes penangkapan beliau oleh pihak JAIS.

“Hari ini khatib tidak akan menyentuh persoalan siasah. Hari ini khatib akan membincang persoalan aqidah!”. Sungguh bersemangat. Aku yang hampir-hampir terlelap tadi terus terpanggung kepala. Sepanjang khutbah aku tercari-cari persoalan akidah yang mahu disampaikan, tetapi tidak ketemu. Dari mula hingga habis cuma peluru-peluru satu demi satu menghentam Dr. Maza. Dari ilmu ku yang cetek ini, separuh sahaja hujjah khatib tersebut masuk akal, yang selebih lagi jika dia tidak menyebut pada hari itu , tentu khutbahnya akan lebih meyakinkan. Lagi

Sisters in Islam

Tinggalkan komen

Zainah Anwar wrote in the Star;

“By Zainah Anwar, The Star

Unless we truly want to turn Malaysia into a police state as in Iran and Afghanistan under Taliban rule, laws that turn every perceived sin into a crime against the state will only result in selective persecution and victimisation.

KAREN Armstrong says any belief that makes you compassionate, kind and respectful of others is good religion. If your belief makes you intolerant, unkind and belligerent, this is bad religion, no matter how orthodox it is.

This seems like great common sense to me. It puzzles me why those who insist that Kartika Sari Dewi Shukarno be caned because that is what Islam demands fail to see the many injustices of her case.”

  1. The writer above is one of key leaders of an NGO registered as Sister in Islam (SIS). Since she is bold enough to make her thought known to the masses, I believed she would also be open to criticism.
  2. The train of thought as in above quote is generally common coming out from SIS members since they make their appearance known in the Mahathir era. Lagi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.