Yang Paling Mulia di Surau

Tinggalkan komen

Kadang-kadang terfikir juga, bertuahnya aku berpeluang tinggal di perumahan yang agak elit. Aku orang biasa sahaja, makan bersila atas lantai, guna tangan, selalu lauk tak lebih satu mata.

Lagi

Anak Luar Nikah dan Realiti

Tinggalkan komen

Beberapa hari lepas radio IKIM mendedahkan berita yang menggemparkan. Purata setiap hari terdapat 48 orang bayi luar nikah dari wanita Islam dilahirkan di Malaysia.

Jumlah tersebut adalah kes yang dilaporkan. Selalunya kelahiran bayi-bayi begini adalah kejadian yang memalukan. Ramai yang terlibat memilih menggugurkan kandungan atau melahirkan secara sembunyi. Jika kita andaikan kes yang dilaporkan cuma 60% dari kejadian sebenar, maka jumlah sebenar sehari mungkin mencecah 80 bayi.

Lebih mengejutkan jika dikira jumlah perzinaan remaja Islam sehari yang menyebabkan kelahiran bayi secara haram sehingga 80 orang sehari?

Jika kita andaikan kadar yang telah mengandung adalah 20% dari jumlah yang berzina, maka jumlah yang berzina sehari mungkin mencecah 400 orang pasangan.

Andaikan pasangan muslim yang berzina ini hanya mewakili 10% pasangan-pasangan muslim di Malaysia yang bebas bertemu tanpa berteman, maka terdapat 4000 jumlah mereka keseluruhannya.

Secara ringkasnya mungkin terdapat 4000 pasangan Muslim yang bergaul bebas setiap hari di Malaysia, yang 400 daripadanya melakukan hubungan zina dalam sehari itu, yang mana 80 daripadanya telah mengandung dan menyumbang kepada jumlah 48 kes kelahiran bayi muslim luar nikah yang dilaporkan setiap hari.

Mungkinkah kita sedang menuju kepada cara hidup seperti di Amerika Syarikat, di mana seks dikalangan remaja adalah kebiasaan?

Jangan Takut dan Jangan Sedih

Tinggalkan komen

“Kami berfirman: “Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati“.   Al-Baqarah 38

Lagi

Eksploitasi Agama

Tinggalkan komen

Eksploitasi agama adalah perbuatan terkeji. Iaitu, memainkan agama untuk kepentingan duniawi sendiri. Orang-orang yang sayangkan agama patut membenci golongan yang melakukan perbuatan ini.

Membenci pengeksploit mudah, tetapi mengenal pasti golongan ini merupakan satu cabaran besar. Jika ada dua golongan, kedua-duanya menyeru atas nama Islam, yang mana satu ikhlas demi Allah, yang mana satu hanya memperguna agama. Lebih parah lagi jika setiap pihak mengatakan pihak yang satu lagi yang memperkuda agama untuk kepentingan masing-masing. Lagi

Dr. Asri dan wahhabi

Tinggalkan komen

Pada satu jumaat, aku keluar dari sebuah masjid di Kedah, selepas solat jumaat dengan tersengih-sengih. Bersungguh-sungguh khatib muda tersebut menghentam Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin atau juga dikenali dengan nama penanya Dr. MAZA. Waktu itu sedang hangat tentang kes penangkapan beliau oleh pihak JAIS.

“Hari ini khatib tidak akan menyentuh persoalan siasah. Hari ini khatib akan membincang persoalan aqidah!”. Sungguh bersemangat. Aku yang hampir-hampir terlelap tadi terus terpanggung kepala. Sepanjang khutbah aku tercari-cari persoalan akidah yang mahu disampaikan, tetapi tidak ketemu. Dari mula hingga habis cuma peluru-peluru satu demi satu menghentam Dr. Maza. Dari ilmu ku yang cetek ini, separuh sahaja hujjah khatib tersebut masuk akal, yang selebih lagi jika dia tidak menyebut pada hari itu , tentu khutbahnya akan lebih meyakinkan. Lagi

Doa Nik Aziz

Tinggalkan komen

  1. Hari ini (1 Disember 2009) satu kumpulan NGO dengan disertai oleh pemuda UMNO Kelantan mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan SUK Kelantan. Bantahan mereka adalah berkenaan hasrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, untuk mendoakan kehancuran UMNO dan Perdana Menteri kerana enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
  2. Saya terpanggil untuk cuba memahami apa yang berlaku ini. Lagi

Perpecahan Kerana Perkara Kecil

Tinggalkan komen

Kerap perpecahan yang tidak berfaedah berlaku kerana perkara-perkara kecil, bukan perkara pokok atau jauh daripada realiti. Masyarakat menanggung kerugian masa, ikatan persaudaraan, kewangan, dan pahala gara-gara bertegang leher pada perkara yang tidak perlu.

Adapun perkara-perkara kecil sebenarnya merupakan cabang kepada ilmu, kerana kehalusan budaya sesuatu masyarakat memberi merit kepada ketinggian tamaddun. Mengekang perbincangan perkara-perkara kecil menghalang perkembangan ilmu lantas merencat perkembangan ketamadunan. Diskusi perkara-perkara kecil perlu digalakkan tetapi adab-adab dan tertibnya nya hendaklah tepat. Orang-orang yang terlibat hendaklah faham perkara yang diperbincangkan adalah perkara rantingan dan tidak perlu terlalu beremosi mempertahan pendapat masing-masing. Yang penting adalah peluang luas untuk meluahkan pendapat dan kajian masing-masing. Orang lain menerima atau tidak adalah terserah kepada masing-masing. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat, kasar atau memaksa. Jika perbincangan itu membawa kepada keburukan besar seperti caci-mencaci, mengumpat, kasar-mengasari dan permusuhan tentulah perbincangan harus dihentikan dan keburukan tersebut perlu dipadam terlebih dahulu. Lagi

Ekonomi dan Bercucuk Tanam

Tinggalkan komen

Pengajaran Keengkaran Iblis dari Sudut Pengurusan.

Tinggalkan komen

Pengajaran Keengkaran Iblis dari sudut pengurusan.

Kisah-kisah dan pengajaran daripada Al-Quran adalah panduan agung bagi kehidupan manusia. Detik-detik tertentu dari peristiwa sejarah lampau dipilih oleh Rabul A’lamin (Pentadbir Seluruh Alam), sebagai pengajaran, teladan dan sempadan kepada kehidupan.

Bidang pengurusan dan pentadbiran moden sekarang banyak mengambil panduan daripada kajian, pengalaman, pandangan dan falsafah Barat. Adapun natijah dan matlamat pengambilan panduan ini mungkin sama, tetapi tidakkah lebih mulia mengambil mesej daripada kitab yang paling suci. Lagi

Ihsan dalam berniaga

Tinggalkan komen

Perniagaan amat dituntut di dalam Islam. Ia baik untuk si peniaga mendapat keuntungan; baik untuk pelanggan mendapatkan barangan atau khidmat dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan tamaddun. Peniaga yang ikhlas, tulus dan penuh integriti merupakan aset kepada masyarakat manusia. Khidmatnya akan dihargai kerana memudahkan urusan kehidupan.

Hari ini anda boleh makan apa sahaja yang dihajati kerana adanya peniaga. Boleh juga menggunakan barangan yang tidak mungkin boleh dibuat dengan sendiri. Tanpa peniaga mungkin kita masih menggunakan kulit kayu sebagai pakaian atau baru pulang dari membajak sawah pada waktu ini.

Untuk menjadi satu dahan dari tamaddun, peniaga mestilah bersifat ‘adil’. ‘Adil’ bermakna meletakkan sesuatu  pada tempatnya. ‘Adil’ di dalam perniagaan bermakna memberikan barangan atau khidmat seperti yang dijanjikan, tiada kurang dan tiada lebih. Khidmat dan barangan dijanjikan dengan sifat, kuantiti dan kualiti tertentu. Apabila sifat, kuantiti dan kualiti barangan atau khidmat dijanjikan, harga dirunding dan ditetapkan. Peniaga akan menyampaikan produk perniagaannya dan pembeli menyampaikan bayarannya. Peniaga berpuas hati dan pembeli berpuas hati. Pembeli akan menghargai dan menghormati peniaga dan begitulah sebaliknya peniaga akan hargai pelanggannya. Keadilan yang melata dan meluas akan menghidupkan masyarakat yang makmur.

Adapun keberkatan di dalam perniagaan tercapai melalui ‘ihsan’. Adapun peniaga yang memberikan lebih dari yang dijanjikan atau diharapkan pelanggan tanpa tambahan bayaran telah melakukan ‘ihsan’. Pembeli pula berihsan dengan membayar lebih dari yang sepatutnya. Kedua-dua keadaan ini hendaklah berlaku dengan rela dan ikhlas, kerana jika penipuan atau paksaan berlaku ia tentunya tercela dan bukan ihsan.

Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan ihsan...” Al-Quran An-Nahl ayat 90

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.