Anwar Bebas?

Tinggalkan komen


9 Januari 2012 Anwar bebas? Seperti masih di dalam mimpi. Walaupun aku berpandangan dan berpegangan Anwar sememangnya tidak bersalah, cara mahkamah mengendalikan kes-kes berprofail tinggi sebelum ini memberi harapan cerah untuk beliau kembali ke lubok Sungai Buluh. Sepanjang 3 tahun mengikuti  perjalanan perbicaraan, ternyata banyak kelompangan dari pembuktian pihak yang mendakwa. Sama seperti kesnya yang pertama dahulu tahun 2008, fakta-fakta kes yang membuat ramai percaya Anwar tentu akan bebas. Walaupun begitu, Anwar tetap terpenjara. Mana mungkin kali ini terlepas atau dilepaskan?

Kes perampasan DUN Perak baru-baru ini adalah satu lagi ‘trend’. Tatacara perampasan rakus itu berlaku telah disahkan kemudiannya oleh mahkamah. Seolah-olah proses mahkamah mengalir mengikut parit yang dikorek BN.

Adakah tiba-tiba kali ni BN melepaskan kongkongannya pada mahkamah, dan mahkamah telah bebas sepenuhnya? Ataupun adakah ini salah satu strategi BN untuk tujuan politiknya?

Yang pastinya ‘advantage’ pembebasan Anwar untuk keluarganya dan Pakatan Rakyat telah dimaklumi. Jika Anwar tidak bersara dari politik semasa ditekan dengan fitnah dan ancaman yang dasyat, masakan beliau akan bersara ketika telah dibebaskan.

Tetapi apakah kelebihan pada BN?

Pertama, BN mahu dilihat tidak mengongkong mahkamah. Ini boleh dibaca dari komen-komen pemimpin BN selepas keputusan diumumkan. Tetapi apa gunanya kelebihan ini pada BN? Adakah BN mahu dilihat bersih atau telah bersih? Ya. Kononnya tiada lagi pemimpin yang korup dan bermasalah. Disebabkan BN telah membuktikan bahawa gabungan parti itu tidak menghalang atau campur tangan dalam urusan kehakiman, maka tentu pemimpin-pemimpin mereka yang bermasalah samaada telah dihukum, seperti kes Dr. Khir Toyo, atau tiada kes dan kononnya hanya khabar angin dari pihak pembangkang.

Kedua, peristiwa ‘swing’ orang Melayu secara besar-besaran ke kem pembangkang tidak mungkin akan berlaku kali ke-2 seperti tahun 2008 jika Anwar dikorbankan sekali lagi. Walaupun begitu UMNO tidak mampu mengambil risiko ini, kerana taruhannya adalah nyawa parti itu sendiri. Untuk PRU13 undi orang Cina, bangsa kedua terbanyak selepas Melayu, telah hampir pasti tetap di pihak pembangkang, malah makin bertambah. BN masih berkuasa sekarang atas undi orang Melayu dan Bumiputra lain. Sedikit sahaja kekecewaan orang Melayu atas pagar, tentu akan terus merebahkan BN. BN nampaknya tertekan dengan percaturan balas politik Anwar. Pada mula dahulu, BN berada dalam posisi menyerang dan menekan Anwar untuk berada pada posisi mempertahan diri. Tetapi sekarang Anwar menggunakan serangan BN sendiri sebagai senjatanya. Jika Anwar dipenjarakan, ikatan PAS-PKR-DAP akan lebih berkesan untuk menggunakan isu ini bagi mengajak kaum Melayu menghukum UMNO. Jadi BN telah berada di dalam keadaan terpaksa memilih antara dua ancaman, dan tentunya mereka memilih ancaman yang paling kurang memberi bekas.

Ketiga, bagi BN mereka telah berjaya mengekalkan kesangsian dan prasangka rakyat terhadap tahap moral Anwar. Mesej mereka; “walaupun Anwar dibebaskan oleh mahkamah, tetapi masih ada kemungkinan perlakuan itu tetap berlaku dan Anwar hanya dilepaskan atas sebab teknikal.” Mungkin inilah yang akan digunakan pada PRU13. 

Hakim membebaskan Anwar atas sebab bahan bukti utama tidak ‘reliable’. DNA di dalam dubur Saiful ada peluang tercemar atau mungkin boleh dimasukkan menggunakan alatan-alatan tertentu ke dalam duburnya. Apabila hakim mengatakan terdapat keraguan munasabah terhadap bukti DNA itu, bermakna lebih ‘afdhal’ mengatakan liwat tidak berlaku. Bagi orang Islam, wajib mengatakan dan yakin bahawa liwat tidak berlaku. Jika tidak samalah mereka dengan pelaku ‘qazaf’ yang patut dihukum dan tidak boleh lagi dipakai cakap dan pandangan mereka.

Amat menghairankan pula Datuk Zulkifli Nordin, di dalam blognya, sedang mengapi-apikan prasangka ini. Sebagai seorang peguam konvensional, agak pelik apabila beliau mengambil sikap sembang kedai kopi sebegini. Zul menceritakan beliau mengambil wudhu’ dan bersembahyang istikharah lalu mengambil keputusan untuk mengekalkan dan mengapikan lagi prasangka tersebut. Kata Zul, pihak pendakwa telah berjaya buktikan Saiful diliwat oleh Anwar, cuma tidak dapat buktikan ia berlaku secara sukarela. Pandangan Zul ini amat pelik, padahal bukti yang ditolak adalah bukti DNA yang menyebabkan tuduhan liwat dilakukan oleh Anwar tergugur. Logik ini tidak dapat ditangkap oleh Zul kerana sangat bersungguh-sungguhnya Zul mahu membalas dendamnya pada Anwar, mungkin, atau mungkin juga untuk sesuatu imbuhan. Mungkin ulama’ Muda UMNO patut menasihati Zul untuk menjadi peguam yang lebih waras atau menjadi seorang Islam yang tidak bersikap munafik.

Haji 1432H

Tinggalkan komen


Haji, 1432H

Saudi Airlines. SV5101. 0430(KLIA) – 0830(MADINAH). 9 hours.

Hajj is a waiting exercise, most of the time.
1. Kelana Jaya – Waiting to check-in – 4 hours.
2. Checked in, before departure – 6 hours.
3. Flight – 9 hours
4. Immigration – 2-4 hours.
5. Bus ride – 0.5 hour.

What would have happened at Bersih 2.0

Tinggalkan komen


From my 2-cents analysis, clearly BERSIH 2.0 march on July 9th had achieved its goal and more.

  1. Should the government had approved the Merdeka Stadium for the gathering, the success would not have been as significant and the only visible activities outside would be cars trying to find parking spots. It would be as if a football match were going on. That night everything would come back to normal, with the oppositions talking and only the same group of people would be listening.
  2. Denying the usage of stadium meant the police were against the wish of the King, period, as the whole world knew the King request the organizer to do just that. The police move only put the people in the streets. Probably that effect was intentional, so that the police can make an example to Malaysians to not to dare the police force. That surely backfired, as a few shows of defiance by some heroes has infected all others. Many must have heard one of them, called “Malaysia Lady of Liberty”.
  3. The police underestimated the people, thinking the preemptive captures of certain key figures would scare most people from their intention. I would say that the police was successful to some extend, but the actual 50,000 turn-out meant at least 50,000 people did not give a damn of the possibility of being detained.
  4. A few numbers of participants got to the event with heart trembling like never before, especially for the first timers. As they were entering the cities with the police clearly showing their might with strong presence in numbers and equipment, many were thinking of returning back. I was no exception. However, congratulation to the behavior of the police, most came back new men and women. Nothing earthly scared them no more, not even an angry police about to smack their head or shoot them with a nerve agent. This phenomena has created more heroes and fighters, brought people of different races and believes together. No more hindus, christians or buddhist who participated got their hearts out of synch hearing white-cap-PAS-men shouting “Allahuakbar” (Allah is Great).
  5. I would guess for every participant, there are five more people eager to attend but were discouraged by the police dedication in cutting the capital city off. And there are 5 more people who were too busy to care, but afterwards would be very eager to hear the first hand story of what had actually happened, or were then busy searching youtube for the first-hand coverage. By heavily limiting access to the capital, BN lost a chance to know the actual strength of the BERSIH movement, which data might be useful to accurately plan their counter strategy. As of now more videos are emerging in youtube and facebook.
  6. This is youtube and facebook generation. As what happened in the middle east, the people depended on the internet for news. During Bersih 2.0, youtube and facebook are being updated on the spot. Probably millions of people are on the internet during the whole events capturing anything that came from the field.
  7. Suddenly the IGP and the PM tried to potray a different image. But they were actually making fools of themselves as the people already know what had taken place in the field. Even the crowds that are attending PM or IGP functions must had been amused when they were caught confidently lying.
  8. Umno are fanning ideas that PAS are under an anti-Islam Hindu named Ambiga when PAS agreed to join Bersih 2.0. This is surely an uneducated statement, as PAS joined the event not because of Ambiga, but because it shared the causes. Each and everybody who joined the march, has no time for Ambiga on the day. They were chanting “Bersih”, “Reformasi” and “Allahuakbar”. If Umno argument were to be used, then UMNO members should not have work in Transport Ministry or Health Ministry where the ministers are non-Muslims.
  9. The funniest thing was there were no parang wielding men or people throwing molotov ***tail as concluded by the police before. The most brutal picture that they can show of the protesters probably of the old man throwing mineral water bottle to the heavily armored FRU truck. Probably the truck suffered bruises.
  10. The Patriots are a shame of the country. Where are the rest of their members? Are UMNO only sending kids to the field? And were Khairy trying to create a drama by being heroes who rammed into the FRU line. They rammed into the FRU line. Why would they do that? If BERSIH members were to  do that, they would have been beaten to the ground. Why were they there in the first place? To achieve what? I heard their cause was to counter Bersih rally. What a waste…
  11. PERKASA. I have no words to describe them.

Baju Bersih Haram!

Tinggalkan komen


“PUTRAJAYA: T-shirts with messages in support of Bersih have been outlawed, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said Wednesday.” The Star Online.

“Ha ha ha! Whattt?”

Ramai kawan-kawan sedang naik syeikh dengan tindakan gomen ni. Aku cuba mengendeng sekaki, tetapi tak mampu nak menyembunyikan kegelian hati.  Setiap kali teringat, terbahak-bahak aku tergelak.

“Wei, bukan sengaja…” cepat aku pujuk kembali sahabat yang kecewa kerana aku mencemar ‘mood’ serius mereka.

Baju yang “haram” tu cuma ditulis “BERSIH 2.0″, tetapi baju dirampas, tuan punya baju ditahan reman.

“Taraf T-Shirt kuning tu dah lagi merbahaya dari VCD lucah…” ngomel kawan tadi, menyebabkan kami semeja terbahak-bahak. Hampir-hampir gelas teh tarik melompat turun dari meja.

“Apa kata kita design T-Shirt kuning baru….kita tukar perkataan tu jadi “COMOT 2.0″ tiba-tiba Mail Kucing yang tak berapa pandai politik bersuara.

Semua yang lain terdiam. Mail terbeliak biji mata, takut terlajak kata.

“Ok jugak…” aku terus menyambung. Kawan-kawan yang lain terus bersemangat semula dengan idea baru, keluarkan T-Shirt kuning “COMOT 2.0″. Kita lihat pula jenaka baru apabila pemakai baju “COMOT 2.0″ ditahan.

Sumpah dah Sesumpah

Tinggalkan komen


Datuk Shazril Eskay bersumpah laknat di masjid.

Untuk apa? Katanya bersumpah bahawa kononnya dialah bapa ayam bagi satu kejadian sumbang di sebuah hotel di Malaysia.

Hairan juga ya, kalau sumpahnya begitu, kenapa tak ditangkap sahaja orang yang mengaku ini. Tak perlu siasat lagi, sudah mengaku. Karier bapa ayam tak salahkah di Malaysia?

Si penyumpah ini juga menyebut nama orang yang diaturkannya bersama pelacur antarabangsa. Eh, boleh percaya ka orang macam ni. Mula-mula mengaku yang dia memang orang fasik, bapa ayam, subahat, sekongkol dan pembuat dosa besar, lepas tu tuduh orang lain pun hantu macam dia. Pengakuan pertama mungkin boleh diterima kerana melibatkan dirinya sahaja. Tuduhannya selepas itu pula tentu tidak boleh diambil pakai, kerana sabit pengakuan pertama beliau yang beliau sendiri manusia yang tak boleh dipakai kata-katanya kerana tidak takut buat dosa besar dan tidak takut Tuhan, tentulah lebih tidak takut lagi untuk berbohong dan memfitnah.

Yang paling aku tidak faham, manusia jenis apa yang sanggup memalukan diri sendiri di masjid sambil dihadiri para jemaah dan pemberita-pemberita. Yang peliknya, dia sendiri yang mengedarkan satu video lucah, kemudian pergi ke masjid membuat sumpah bahawa beliaulah lelaki di dalam video tersebut. Mungkin boleh difahami jika tindakannya itu adalah kerana pihak Mahkamah Syariah tidak mahu menghukumnya kerana kurang bukti, lalu atas rasa bersalahnya mahu juga ia dihukum, lantas ia bersumpah sebegitu untuk memberi bukti pada mahkamah supaya tetap ia merasai hukuman dunia. Ini tidak, ia mengaku, terlepas, kemudian menuduh orang lain, dan orang yang tidak pasti itu pula dikatakan sebenarnya jahat dan bijat oleh corong-corong fitnah.

Yang satu lagi aku hairan, polis kata mereka ambil kenyataan Yusri KRU, seorang pakar pembuatan filem. Kata Yusri, video sepanjang lebih 20 minit itu mustahil untuk dipalsukan. Ya ka Yusri? Aku yang tak pakar pun kalau sehari 3 jam di depan PC boleh buat, tak kan filem hitam putih tu tak boleh “cut-paste frame by frame”? Tak kan tak ingat filem “Hang Tuah” lakonan Tan Sri P.Ramlee, kan ada colour, padahal filem originalnya adalah hitam putih. Bagaimana agaknya filem itu diwarnakan di Hong Kong? Frame by Frame la Yusry oi. Tambah sekarang zaman I.T, semua digital, bukan setakat boleh ubah frame-by-frame tetapi setiap titik di dalam setiap frame.

Kalau ini semua satu drama, mahu tergelak aku dibuatnya. Seperti satu pengarah yang mahu meniru cerita CSI Miami, tapi skrip dan jalan ceritanya tak bijak. Baru start cerita, penonton dah boleh teka ending, kerana logik yang dibawa semuanya tak logik. Jadilah macam cerita lembu cuba menyamar jadi kambing.

Sekularisma adalah syirik?

1 Komen


Dulu aku tak peduli sangat tentang sekularisma, pegangan-pegangan golongan sekular atau amalan-amalan mereka, ataupun, sama ada kehidupan aku sendiri mirip mereka.

Tetapi setelah berpeluang menimba pengalaman dari tokoh-tokoh sekular dan juga agama di Barat (USA), asal-usul dan amalan sebenar sekularisma semakin jelas.

Dahulu aku sangka sekularisma hanya alat untuk mengurus hal-hal dunia dan selain itu, hal-hal agama masih ada ruang bebas untuk diamalkan seperti yang dituntut. Bagiku, dahulu, sekularisma dan agamaku boleh berdiri bersama dalam kehidupan; lengkap-melengkapi.

Aku lihat di USA, negara sekular yang paling gagah, ‘super power’ dunia, masyarakatnya masih boleh menghadiri ‘Church’ setiap minggu. Di Turki, terang-terangan di dalam perlembagaannya tertulis bahawa negaranya adalah negara sekular dan perkara tersebut tidak boleh diubah. Tetapi rakyatnya masih boleh ke masjid. Sewaktu musim umrah, rakyat Turki di Madinah dan Mekah sama banyak dengan rakyat dari Malaysia.

Lagi

Masa Depan Khidmat Penjagaan Bayi

Tinggalkan komen


Baru-baru ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seorang pengasuh hanya boleh menjaga 3 orang bayi sahaja, berbanding 5 orang sebelum ini.


Peraturan baru ini mungkin boleh berfungsi sebagai jalan menangani isu-isu kecederaan dan kematian bayi yang selalu dilaporkan akhbar. Taman-taman asuhan kanak-kanak (TASKA) swasta dikehendaki mematuhi arahan ini atau lesen mereka akan ditarik balik, didenda atau ditutup.

 

Lagi

Yang Paling Mulia di Surau

Tinggalkan komen


Kadang-kadang terfikir juga, bertuahnya aku berpeluang tinggal di perumahan yang agak elit. Aku orang biasa sahaja, makan bersila atas lantai, guna tangan, selalu lauk tak lebih satu mata.

Lagi

Raya Tahun ini…

Tinggalkan komen


Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Kebelakangan ini setiap kali raya membuka mata tentang perubahan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, aktiviti utama adalah melayan tetamu dan menjadi tetamu. Selain mengerat silaturrahim dan jamuan kuih, menu cerita dan berita dari seluruh pelusuk negara adalah yang paling memberi kepuasan. Bukan calang-calang; berita ‘first hand’ dari pengalaman sendiri.

Lagi

Najib vs Muhyiddin?

Tinggalkan komen


AlhamduliLlah. Puasa dah masuk hari ke-enam. Azam puasa aku tahun ini nak tutup internet dan surat khabar baik yang B atau P, dan fokus pada amal-ibadat, baca quran, sembahyang sunat etc. etc.

Tapi sehari dua lepas MCA anjur satu kongress ekonomi. Najib dan Nazir hadir. Aku tak mahu tahu. Dan tak tahu menahu. Tapi ntah macamana berita ni cari jalan masuk ke telinga aku. Dia lalu ikut internet, aku dah cabut wayar. Lalu ikut ‘paper’ aku tak beli. Lalu ikut ‘tv’ aku tak pernah ‘on’ pun sepanjang bulan puasa ni. Tapi tup-tup bini lupa tutup radio IKIM dalam kereta. Terpaksalah aku dengar berita ni dan terpaksa aku komen kat sini.

Najib kata dia setuju dengan Chua Soi Lek. “Bumiputra tak patut diberi keistimewaan berbanding dengan bukan bmiputra…kena ikut merit” anggok Najib. Begitu juga kata adiknya Nazir. Tersenyum-sengih puak-puak MCA, agaknya lah. Aku tak tengok, cuma dengar tepuknya bergegar dewan.

Tiba-tiba hari ni Muhyiddin kata tak boleh. “30% ekuiti untuk bumiputra tetap kena pertahan. Melayu masih ketinggalan katanya. Dulu MCA dah setuju!….”.

Muhyiddin bangkang Najib?

Ka, aku yang silap dengaq. Rasa-rasa macam dua tiga belakang ni Muhyiddin dok buat kenyataan bercanggah dari ketua dia? Hai gadoh ka?

Older Entries Newer Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.